Soalan


SOALAN Soalan-soalan lazim (FAQ)

S: Semua barang ready stock ke?
J: Kebiasaannya semua barang ready stock.Tetapi kadangkala sesetengah barang akan kehabisan stok kerana ramai yang telah membuat pembelian secara borong,jadi pastikan dahulu sebelum membuat bayaran- sms atau call jawapan segera akan diberi sekiranya talian tidak sibuk.Kami sedia melayan anda .


S: Jika saya order, berapa hari boleh dapat?
J: Anda akan dapat/terima barang yang di order dalam masa 1-2 hari bekerja selepas pengeposan dibuat (Ready stock item only).

S: Berapa lama boleh dapat jika saya order barang yang kehabisan stok?
J: Bergantung pada produk .Jika Produk ada di kawasan store penyimpan di tempat selain di kebiasaannya mengambil masa 2 atau 3 hari.Jika Produk 100% tiada pada kami mungkin menunggu kapal atau proses pembuatan.Anda boleh membuat booking untuk tempahan.

S: Berapa hari pihak TaukeButik memproses order saya?
J: Hanya 1 hari bekerja sahaja (Ready stock item only).

S: Adakah pihak TaukeButik buat pengeposan pada hari tertentu sahaja?
J: Kami membuat pengeposan pada setiap hari bekerja, Isnin-Sabtu. Tiada hari-hari tertentu. Kecuali pada hari cuti.

S: Bagaimana nak buat bayaran? Guna Bank apa?
J: Setelah order anda diterima, anda akan diberikan maklumat pembayaran (No. akaun). Bayaran boleh dibuat melalui bank Maybank atau Cimb. Kaedah pembayaran boleh dibuat melalui cara berikut:

-Online Internet Banking (Maybank2u/CimbClicks)
-Cash Deposit Machine
-ATM fund transfer
-Interbank Transfer (IBG)
S: Order saya berjumlah RM33.00, macamana nak bank-in RM3 tu, mesin deposit tak terima dan saya tak ada internet banking. Jika saya masuk RM40 baki dapat balik tak?
J: Sediamaklum, Mesin deposit hanya menerima jumlah wang yang genap. Sehubungan itu, anda dikehendaki untuk memasukkan jumlah RM7 (contoh), dan baki akan dipulangkan semula dengan credit ke akaun bank anda (maybank/cimb shj) atau kami masukkan ke dalam parsel . Jadi tidak perlu khuathir, kami akan pulangkan sebarang baki
S: Saya dah bayar, bila order saya akan diproses dan berapa lama akan sampai?
J: Sila maklumkan kepada kami terlebih dahulu yang anda telah membuat bayaran. Apabila bayaran diterima/disahkan, kami akan proses order anda dalam 1 hari bekerja, dan barang anda akan sampai/dapat dalam masa 1-3 hari bekerja selepas pengeposan dibuat.

Lihat contoh ini:
-1hb terima bayaran
-petang 1hb atau 2hb order diproses dan dipos
-3hb terima barang atau (1 hari bekerja)
-4hb terima barang (2 hari bekerja)

S: Boleh ke jika order saya dipos pada hari yang sama saya buat bayaran?
J: Boleh, jika bayaran diterima sebelum 12:00 tengahari (cut-off delivery time) setiap hari (hari bekerja sahaja).Jika terlewat membuat bayaran sila call atau sms untuk pastikan produk masih boleh dihantar pada hari tersebut atau keesokan harinya.Bergantung pada situasi .

S: Macamana saya nak tahu order saya dah pos ke belum?
J: Sila sms kepada kami,anda akan dimaklumkan apabila order anda telah selesai dipos. No. Tracking akan diberi sebagai bukti (Rujukkan) order anda telah dipos. Dengan No. Tracking tersebut anda boleh track & trace status order anda.

S: Pos guna apa? Macamana nak track & trace order saya?
J: Order anda akan dipos dengan menggunakan khidmat POSLAJU/KANGAROO
Anda boleh Track & Trace order anda di pautan berikut:

Untuk tracking no POS LAJU sila check di sini
http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_poslaju.asp
(sila masukkan no. tracking yang diberi) atau hubungi Hotline Poslaju di talian 1-300-300-300.

Untuk tracking no KANGAROO sila check di sini
http://track.kangaroo.com.my
Untuk branch dan no tel seluruh negeri sila check di sini
http://www.kangaroo.com.my/branches.html

atau hubungi Hotline 603-5518 8228


S: Order saya dah sampai tetapi rosak/salah barang... Bagaimana?
J: Sila rujuk Terma & Syarat kami bagi tujuan pengantian, pemulangan/refund. Rujuk bahagian Penafian/Polisi/Terma Syarat.
S: Dah lebih 2 hari ni, order saya masih belum diterima, bagaimana?
J: Sediamaklum, kebiasaanya Poslaju akan mengambil masa 1-2 hari untuk hantar barang anda. Ada yang mengambil masa 3-5 hari bekerja bagi kawasan-kawasan yang diluar rangkaian (contoh: kawasan pendalaman).

Anda dinasihati untuk track & trace status order anda atau call Poslaju Hotline atau Kangaroo untuk status terkini.


Jika anda ada apa-apa soalan selain dinyatakan di atas, sila sms atau call kami untuk persoalan yang ingin diajukan.

Terima kasih

No comments:

Post a Comment